Terma & Syarat

Berikut adalah Terma & Syarat AMR Guest House :

POLISI PEMBAYARAN

  1. Bayaran Penuh adalah diperlukan untuk membuat tempahan.
  2. Tempahan hanya dianggap sah setelah bayaran penuh diterima oleh pihak kami.
  3. Tiada pemulangan bayaran akan dibuat sekiranya pembatalan tempahan dilakukan oleh pihak pelanggan..

KAEDAH TEMPAHAN DAN SERAHAN KUNCI UNIT

1. Dapatkan maklumat unit kediaman pilihan dari website.
2. Pelanggan boleh mendapatkan info terkini, panduan terma dan syarat di website.
3. Pelanggan boleh membuat tempahan dan bayaran terus secara online melalui website.
4. Pelanggan akan menerima email dan bukti bayatan (resit) melalui email yang diberikan.
5. Pengurus Operasi AGH akan menghubungi pelanggan untuk berkongsi maklumat dan info terkini kediaman.
6. Serahan kunci.

CHECK IN & CHECK OUT

  1. Bagi urusan pengambilan kunci homestay atau sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila whatsapp kami di talian +60 14-930 6474.
  2. Masa mendaftar masuk (Check-In) adalah pada jam 03:00 petang dan masa mendaftar keluar (Check-Out) adalah pada jam 12:00 tengahari.
  3. Jumlah maksima bilangan penginap bagi setiap tempahan adalah tidak melebihi 14 orang shj.
  4. Pelanggan boleh masuk awal atau keluar lewat tetapi bergantung kepada tempahan semasa.

PENGGUNAAN HOMESTAY

  1. Dilarang menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.
  2. Tidak dibenarkan menginap dengan tujuan selain untuk percutian dan pengumpulan keluarga.
  3. Untuk keraian, penggambaran dan majlis melebihi kapasiti, sila hubungi pihak homestay untuk maklumat lanjut.

TANGGUNGJAWAB PENGINAP

  1. Dilarang membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay.
  2. Dilarang membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.
  3. Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM50.00.
  4. Jika terdapat sebarang kerosakkan kelengkapan dan peralatan rumah, pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  5. Sila pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa tidur atau keluar.
  6. Dilarang membuat kunci pendua.
  7. Dilarang merokok di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.
  8. Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.
  9. Tidak dibenarkan membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.
  10. Dilarang memaku, menconteng atau mengubah suai rumah di dalam atau di luar homestay.
  11. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum mendaftar keluar.
  12. Pastikan semua suis termasuk kipas, pendingin hawa  dan lampu ditutup apabila keluar atau meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  13. Segala kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan penginap adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab penginap sendiri.
  14. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak penginap.

PERTANYAAN/KHIDMAT PELANGGAN

Shopping Cart
Scroll to Top